"BERILMU BERAKHLAK BERKEMAHIRAN"

Tel 03-32161723/24 Fax 03-32161728

Thursday, June 24, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W ( 9 ZULHIJAH )

Pada 9 Zulhijah tahun ke 10 hijrah telah berlaku satu peristiwa besar berlaku di Lembah Uranah, Gunung Arafah berhampiran Kota Mekah yang mengaitkan Nabi Muhammad S.A.W dengan sejarah perjuangan dan contoh teladan untuk umat zaman kini. Peristiwa yang berlaku ini ialah pesanan dari seorang nabi dan rasul yang diutus oleh Allah S.W T di dalam penyebaran Dakwah Tauhid yakni mengisahkan tentang Pencipta Sebenar, Maha Agung dan Maha Bijaksana.

Nabi Muhammad S.A.W mengingatkan umat manusia supaya mendengan dengan teliti dan menyampaikannya kepada orang lain yang tidak hadir. Antara pesanan Rasulullah S.A.W iaitu

a) Sebagaimana kita menganggap bulan ini dan kota mekah ini suci maka anggaplah segala jiwa, harta setiap orang muslim itu adalah amanah suci.

b) Janganlah kamu menyakiti sesiapa supaya kamu tidak disakiti.

c) Hari perhitungan pasti akan tiba dan dilarang melakukan zina

d) Allah S.W.T mengharamkan riba dan hendaklah memberhentikannya.

e) Berwaspadalah terhadap syaitan kerana dia ( syaitan ) telah berputus asa di dalam perkara besar tetapi tidak di dalam perkara-perkara kecil.

f) Jika kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.

g) Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakai di dalam suasana kasih sayang.

h) Layanilah wanita dengan lemah lembut sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.

i) Wahai manusia dirikanlah sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu serta ibadah haji jika kamu mampu .

j) Setiap muslim adalah sama kecuali di dalam taqwa dan beramal soleh. serta sesungguhnya seseorang muslim itu adalah saudara kamu.

k) Kamu akan dipertemukan dengan Allah S.W.T di atas apa yang dipertanggungjawabkan.

l) Janganlah kamu terkeluar dari landasanku selepas kewafatanku.

m) Wahai manusia tidak ada lagi nabi atau rasul selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

1 comment:

  1. Lupakan usahasama nabi dan fadhilat kerasulan. Hanya dongeng semata kaum Arab. Tamadun Melayu Nusantara bukan hina atau Menzalimi manusia. Penganiayaan sexual para rasul perlu dihancurkan terus. Kita zaman moden cipta Bom Atom dan kapal besar serta teknologi terkini yang maju.

    ReplyDelete